Sunday, March 31, 2013

JALAN-JALAN SNOWALK DAN PREHISTORIC ADVENTURE JURASSIC & ICE AGE

Akhirnya sampai juga nak membawa anak-anak masuk ke SNOWALK i-city ni. Lebih-lebih lagi melepaskan keinginan Nurin nak main salji ... Takpala salji buatan pun buatanlaa ye kakak. Oklah ... Sekali sekala kan. Apa yang pasti anak-anak terhibur. Tapi yang kelakarnya anak-anak bujang saya Naqeeb dan Naufal... takut masuk dalam PREHISTORIC ADVENTURE : JURASSIC & ICE AGE. Menangis-nangis taknak masuk bila melihat dinasour tu bergerak dan berbunyi. Anak-anak .... hai. Hero-hero ku pula tu...

Sunday, December 4, 2011

Hari Graduasi Anak Sulungku ... Nurin Fatnin




TAHNIAH! Anak Mama. Mama Doakan Fatnin Menjadi Anak Yang Solehah. Berjaya di Dunia dan Akhirat.
Anak Mama, Hidup memang harus memilih, demikian juga dengan ‘pertarungan’ dalam kehidupan. Oleh kerananya, janganlah membuang setiap detik dari waktu Fatnin untuk bertarung dengan hal-hal yang remeh. Naikkanlah KELAS Fatnin dengan hanya bertarung pada hal-hal yang BERNILAI dan BERGUNA paling tidak untuk diri Fatnin sendiri dan untuk selanjutnya bagi yang lain.

Mama Harap: YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK YOU ARE

Wednesday, September 28, 2011

Jamuan Hari Raya 2011


Jamuan Hari Raya Jabatan n Beraya di Rumah kawan. Alhamdulilah, masih di beri kesempatan olehNYA merasa kegembiraan di dunia. Dan harap-harap aku akan di beri jugak kegembiraan di akhirat. Amin

Thursday, August 4, 2011

Tuesday, March 9, 2010

Keluargaku Keluarga Bahagia


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting. KELUARGA Bahagia hingga ke syurga

Anak-Anak Permata Hati


Anak merupakan anugerah Allah . Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan. Anak-anak adalah pewaris ayah dan bonda di masa hadapan. Mereka juga merupakan permata negara yang diharapkan untuk menerajui dunia sebagai pemimpin yang berwibawa. Lantaran itu kelahiran mereka di muka bumi ini di sambut dengan penuh tatasusila dari segi Islam. Malahan sejak mengandung lagi para ibu di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mendirikan solat, memperbanyakkan membaca Al Quran, zikrullah dan sebagainya. Tempoh kehamilan adalah satu tempoh yang indah bagi ibu yang tidak dapat di rasakan oleh orang lain. Tangisan awal bayi di sambut dengan azan dan iqomah di telinga kanan dan kirinya, memintas segala tipu daya dan godaan syaitan. Di beri nama yang baik-baik. Di aqiqahkan sebagai satu tanda kesyukuran. Semoga menjadi anak-anak yang cerdik, berakal, berilmu serta yang beramal solleh di dunia dan diakhirat

Cinta & Perkahwinan


Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki
pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung. Fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. Banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin

Akhir kata Hargai cinta anda.. kalau miliki cinta yang terbaik, jangan sekali kali melepaskannya. .nanti menyesal tak sudah.. Semoga aku sekeluarga berbahagia hingga ke akhirat.