Tuesday, March 9, 2010

Keluargaku Keluarga Bahagia


Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walaubagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting. KELUARGA Bahagia hingga ke syurga

Anak-Anak Permata Hati


Anak merupakan anugerah Allah . Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai penyeri kehidupan. Anak-anak adalah pewaris ayah dan bonda di masa hadapan. Mereka juga merupakan permata negara yang diharapkan untuk menerajui dunia sebagai pemimpin yang berwibawa. Lantaran itu kelahiran mereka di muka bumi ini di sambut dengan penuh tatasusila dari segi Islam. Malahan sejak mengandung lagi para ibu di sarankan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, mendirikan solat, memperbanyakkan membaca Al Quran, zikrullah dan sebagainya. Tempoh kehamilan adalah satu tempoh yang indah bagi ibu yang tidak dapat di rasakan oleh orang lain. Tangisan awal bayi di sambut dengan azan dan iqomah di telinga kanan dan kirinya, memintas segala tipu daya dan godaan syaitan. Di beri nama yang baik-baik. Di aqiqahkan sebagai satu tanda kesyukuran. Semoga menjadi anak-anak yang cerdik, berakal, berilmu serta yang beramal solleh di dunia dan diakhirat

Cinta & Perkahwinan


Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki
pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung. Fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. Banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin

Akhir kata Hargai cinta anda.. kalau miliki cinta yang terbaik, jangan sekali kali melepaskannya. .nanti menyesal tak sudah.. Semoga aku sekeluarga berbahagia hingga ke akhirat.

Monday, March 8, 2010

Kepentingan Berkasih Sayang



Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.

2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.

3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

Alangkah Ruginya!


Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan atau peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya. Dan berapa ramai pula orang yang langsung tidak menyedari peluang-peluang yang datang dan pergi pada mereka bahkan biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya. Inilah sifat orang-orang yang disebutkan dalam hadith di atas. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan itu sangat banyak bahkan ia wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia yang tidak suka untuk melakukannya disebabkan hati dan fikiran mereka sudah dijajah oleh nafsu yang membuatkan hati mereka menjadi keras. Seharusnya kita hendaklah bersyukur apabila diberikan sesuatu peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan yang sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya.

Sabar



Hadith :
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Riwayat Muslim


Huraian
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.